Pakej Percutian Ke Medan Danau Toba 4 Hari 3 Malam (4H3M) adalah jadual perjalanan popular yang merangkumi pemandangan tasik vulkanik terbesar di dunia, budaya Batak di Pulau Samosir, pemandangan dataran tinggi Berastagi, dan mercu tanda bandar Medan. Harga pakej biasanya bermula sekitar Rp 1.5 juta hingga Rp 2 juta (kira-kira RM300 – RM500) seorang, bergantung pada jenis penginapan dan saiz kumpulan.
Percutian ke Medan Danau Toba 4 Hari 3 Malam adalah salah satu pelan percutian paling popular di Sumatera Utara yang menggabungkan keindahan alam semula jadi, budaya suku Batak, serta aktiviti membeli-belah di Kota Medan. Pakej ini biasanya merangkumi pengangkutan persendirian, penginapan di tiga kawasan berbeza (Danau Toba/Samosir, Berastagi, dan Medan), serta makan minum halal sepanjang perjalanan.
Terokai keindahan memukau Sumatera Utara dengan Pakej Percutian Medan Danau Toba 4 Hari 3 Malam! Rasai percutian penuh magis bermula dari pemandangan tasik yang tenang hingga ke keseronokan membeli-belah di kota. Pakej ini direka khas untuk keselesaan dan ketenangan anda bersama yang tersayang.
Sorotan Aktiviti & Tempat Menari
- Taman Simalem Resort (The Pearl of Lake Toba): Merupakan kawasan eko-pelancongan tanah tinggi seluas 206 hektar. Anda boleh melihat panorama tasik yang tersangat luas dari sudut pandang terbaik (One Tree Hill) dan merasai pengalaman bangun tidur di atas awan dengan udara yang sejuk dan segar.
- Air Terjun Sipiso-piso: Menyaksikan air terjun setinggi 120 meter yang keluar dari celah pergunungan dan jatuh terus ke lembah dengan latar belakang Danau Toba yang memukau.
- Pelayaran Feri Danau Toba: Menikmati angin segar dan pemandangan pergunungan hijau yang tenang semasa menyeberang tasik gunung berapi terbesar di dunia menuju ke Pulau Samosir.
- Bilik Tepi Tasik Samosir Villa Resort: Menginap di resort ikonik yang terletak tepat di pesisir tasik. Anda boleh bersantai di kolam renang infiniti sambil melihat bot lalu-lalang di hadapan bilik.
- Kampung Tomok & Ambarita: Meneroka perkampungan tradisi suku Batak Toba di Pulau Samosir.Tarian Sigale-gale: Menyaksikan (atau menari bersama) patung kayu misteri bersaiz manusia yang boleh bergerak mengikut rentunan muzik tradisi Batak.
- Makam Raja Sidabutar & Kursi Batu Ambarita: Mendengar kisah sejarah purba mengenai sistem beraja, hukuman pancung, dan kanibalisme zaman dahulu di kawasan kerusi batu persidangan.
- Istana Maimoon: Melawat istana peninggalan Kesultanan Deli yang berwarna kuning diraja. Reka bentuk istana ini unik kerana menggabungkan seni bina Melayu, Islam, Sepanyol, India, dan Itali. Anda juga boleh menyewa baju adat Melayu deli di sini untuk bergambar.
- Masjid Raya Al-Mashun: Mengagumi keindahan seni bina masjid bersejarah di tengah kota Medan yang dibina dengan kubah-kubah hitam yang megah.
- Misi Memburu Durian Ucok: Merasai pengalaman makan durian segar berkualiti tinggi yang dibuka terus di hadapan anda (dibuka 24 jam).
- Membeli Ole-Ole Khas Medan: Sebelum pulang ke Malaysia, anda akan dibawa memborong makanan ikonik seperti Kek Lapis Napoleon, Bika Ambon, dan Bolu Meranti yang wajib dibawa balik.
Pakej Percutian ke Medan Danau Toba 4 Hari 3 Malam
Alami kombinasi percutian sempurna di Sumatera Utara yang menggabungkan keindahan alam semula jadi bertaraf dunia, ketenangan pulau misteri, dan kemeriahan kota metropolitan Medan. Sepanjang 4 hari 3 malam ini, anda akan dibawa merasai tiga pengalaman penginapan yang berbeza dan eksklusif
Inginkan percutian yang tenang, eksklusif dan tidak terkejar-kejar? Jom terokai keindahan Danau Toba, tasik vulkanik terbesar di dunia dengan Pakej Go Private Tour (4 Hari 3 Malam)! Kami membawakan untuk anda kombinasi 3 hotel terbaik yang menawarkan 3 suasana berbeza: keindahan pesisir tasik, kedinginan puncak tanah tinggi, dan kemewahan hotel bertaraf bintang di tengah kota.
Pakej Percutian ke Medan Danau Toba 4 Hari 3 Malam
- 🏝️ Malam 1: Samosir Villa Resort (Pulau Samosir)Nikmati malam pertama yang tenang tepat di pesisiran Danau Toba. Bangun pagi ditemani angin sepoi-sepoi bahasa dan pemandangan air tasik yang membiru terus dari jendela bilik anda.
- ⛰️ Malam 2: Tongging Point Hotel @ Taman Simalem ResortAlami pengalaman magis bermalam “di atas awan” setinggi 1,200 meter dari aras laut. Terletak di kawasan eko-pelancongan eksklusif, anda disajikan dengan panorama 360 darjah Danau Toba yang sangat memukau.
- 👑 Malam 3: Hermes Palace Hotel Medan (Hotel 4-Bintang)Bermalam dengan gaya mewah di tengah-tengah pusat bandar Medan. Hotel bertaraf tinggi ini menawarkan keselesaan maksimum, bilik yang elegan, dan akses mudah untuk anda menikmati suasana malam serta kuliner kota Medan.
Hari 1 : Medan – Berastagi – Taman Simalem Resort
Horas! Selamat Datang ke Sumatera Utara! ✈️Pengembaraan magis anda bermula di sini! Sumpir/Guide profesional kami sedia menanti untuk sesi penjemputan rasmi yang sangat fleksibel:
- 🛬 Bandara Internasional Kualanamu (KNO)
- 🏢 Lobby Hotel Penginapan Anda
- 🚊 Stesen Kereta Api (Stasiun Kereta)
Setibanya anda, anda akan disambut hangat oleh Enjoy Holiday Medan Team dengan kalungan Ulos Batak Toba sebagai simbol penghormatan dan berkat untuk perjalanan anda. Kami terus membawa anda bergerak menuju ke Kota Wisata Berastagi – sebuah destinasi tanah tinggi yang terkenal dengan alam pegunungan yang indah & berhawa sejuk! 🌲🗻
- 🍽️ Makan Tengah Hari (Lunch): Setibanya di Berastagi, nikmati hidangan lazat di Lokal Resto Berastagi (Jaminan 100% Halal untuk Muslim / Chinese Food Mix untuk Non-Muslim).
- 🛕 Taman Lumbini & Pagoda Emas: Selesai makan, kita akan mengunjungi Taman Lumbini untuk melihat keindahan replika Pagoda Emas Shwedagon yang ada di Myanmar. Tempat yang sangat tenang, megah, dan Instagrammable!
- 🍓 Pasar Buah Berastagi & Bukit Gundaling: Seterusnya, alami kemeriahan Pasar Buah tempatan untuk membeli buah-buahan segar atau cenderamata, kemudian mendaki ke Bukit Gundaling untuk menyaksikan panorama memukau Gunung Sinabung dan Gunung Sibayak yang masih aktif.
- 🌊 Air Terjun Sipiso-piso Tongging: Perjalanan diteruskan ke salah satu air terjun tertinggi di Indonesia. Nikmati pemandangan magis air terjun yang menjunam megah berlatarbelakangkan keindahan Danau Toba yang saujana mata memandang.
- 🏨 Check-In Tongging Point Hotel 4* (Taman Simalem Resort): Destinasi kemuncak hari ini! Kita bergerak menuju ke “The Pearl of Lake Toba” Taman Simalem Resort [Enjoy Indonesia]. Daftar masuk di Superior Room – Tongging Point Hotel 4*.
- ✨ Enjoy The Pearl of Lake Toba: Luangkan masa petang anda dengan bersantai menghirup udara segar di atas awan (ketinggian 1,200m) sambil menikmati panorama 360 darjah Danau Toba yang memukau.
- 🍽️ Makan Malam (Dinner): Ditutup dengan hidangan istimewa di Taman Simalem Resort bertemakan suasana malam tanah tinggi yang sejuk dan romantik.
Hari 2 : Taman Simalem Resort – Samosir Via Tele
Hari kedua menjanjikan pengembaraan yang penuh dengan panorama alam yang luar biasa! Bersedialah untuk terpukau dengan keindahan Danau Toba dari sudut pandang paling ikonik.
- 🌅 Morning Call & Sunrise Watching: Bangun awal pagi untuk menyaksikan keajaiban matahari terbit dari Bukit Satu Pohon (One Tree Hill). Nikmati detik magis saat sinaran emas menembusi kabus tebal di atas tasik vulkanik – syurga buat peminat fotografi!
- 🍽️ Sarapan Pagi di Tea House: Selesai melihat sunrise, nikmati hidangan sarapan pagi yang lazat di Tea House Restoran sambil ditemani pemandangan Danau Toba yang tersergam indah.
- 🍓 Agro Tour Taman Simalem Resort: Menerokai kawasan eko-pelancongan eksklusif ini melalui aktiviti Agro Tour yang dipandu sepenuhnya oleh Enjoy Team & kru Taman Simalem Resort. Anda boleh melihat ladang organik, tapak semaian bunga, dan proses pembuatan teh.
- 🚗 Laluan Panorama Tele (Check Out): Selepas urusan daftar keluar, kita memulakan perjalanan menuju ke Bukit Sibea-bea. Sepanjang jalan melalui laluan darat Tele, mata anda akan dimanjakan dengan view Danau Toba yang sangat luar biasa dari ketinggian.
- 🍽️ Makan Siang (Lunch): Setibanya di kawasan destinasi, nikmati hidangan makan tengah hari yang menyelerakan di Lokal Resto Sibea-bea (100% Halal untuk Muslim / Chinese Food Mix untuk Non-Muslim).
- ⛰️ Jelajah Bukit Sibea-bea & Bukit Holbung: Selesai makan, kita akan menjelajahi Bukit Sibea-bea yang terkenal dengan jalan raya berliku 8 yang estetik serta patung ikonik yang menghadap tasik. Seterusnya, kita menuju ke Bukit Holbung, bukit hijau savana yang menjadi lokasi penggambaran filem pecah panggung “Ngeri-Ngeri Sedap”!
- 🌊 Air Terjun Efrata: Singgah sebentar untuk mengagumi keindahan Air Terjun Efrata yang tersorok di sebalik perbukitan hijau, menawarkan suasana segar yang menenangkan jiwa.
- 📸 Jembatan Tano Ponggol & Waterfront Pangururan: Sebelum menyeberang masuk ke Pulau Samosir, kita akan singgah berfoto di Jembatan Tano Ponggol (jambatan darat bersejarah yang menghubungkan tanah besar dengan Pulau Samosir) dan kawasan tarikan moden Waterfront Pangururan.
- 🏨 Check-In Samosir Villa Resort 3: Tiba di destinasi akhir, mendaftar masuk di Deluxe Room – Samosir Villa Resort 3 [Enjoy Indonesia]. Sebuah resort pesisir tasik yang cantik dan tenang.
- 🍽️ Makan Malam (Dinner): Hari yang indah ini akan ditutup dengan hidangan makan malam yang istimewa terus di Samosir Villa Resort sambil menikmati suasana malam tasik yang damai.
Hari 3 : Pulau Samosir – Danau Toba – Medan
Hari ketiga akan membawa anda menyelami keunikan sejarah suku Batak, merentasi lebuh raya perkebunan yang luas, dan diakhiri dengan pesta kuliner malam yang meriah di Kota Medan!
- 🍽️ Sarapan Pagi & Santai di Hotel: Nikmati sarapan pagi yang lazat di resort. Luangkan masa santai sejenak sambil menghirup kopi dan melayan pemandangan indah Danau Toba yang tenang terus dari perkarangan hotel sebelum daftar keluar (check out).
- 🗿 Samosir Tour (Kampung Wisata Tomok): Memulakan jelajah budaya di Kampung Wisata Tomok. Di sini anda akan melihat persembahan patung mistik Sigale-gale dan melawat Makam Raja Sidabutar yang penuh sejarah purba. Jangan lupa untuk hunting souvenir lokal khas Samosir di gerai-gerai tempatan!
- 🏛️ Huta Siallagan Ambarita & Manortor: Seterusnya, kita ke Huta Siallagan di Ambarita untuk melihat deretan Rumah Adat Batak Toba yang asli serta Batu Kursi peninggalan Raja Batak yang dahulunya digunakan sebagai tempat pengadilan berdarah. Anda juga berpeluang untuk merasai pengalaman menari tarian tradisi (Manortor) bersama komuniti tempatan!
- 🚢 Pelayaran Feri Merentasi Danau Toba: Kumpulan kita akan menyeberang kembali ke tanah besar menggunakan Feri Ihan Batak / Pora-Pora [Enjoy Indonesia] sambil menikmati hembusan angin tasik yang menyegarkan.
- 🍽️ Makan Siang (Lunch): Setibanya di seberang, nikmati hidangan makan tengah hari yang enak di Lokal Resto Danau Toba (100% Halal untuk Muslim / Chinese Food Mix untuk Non-Muslim).
- 🌲 The Kaldera Toba Nomadic Escape: Selesai makan, kita melawat kawasan glamping premium bertaraf antarabangsa yang pernah dikunjungi Presiden Indonesia. Tempat ini menawarkan spot foto bukit pain yang sangat estetik menghadap tasik.
- 🛣️ Perjalanan Balik Via Pematang Siantar: Kita akan bergerak menuju ke Kota Medan melalui bandar Pematang Siantar. Sebelum itu, kita akan singgah sebentar untuk bergambar di Pantai Bebas Parapat atau kawasan Penatapan.
- 🥜 Singgah Syurga Snek Siantar: Di Siantar, kita boleh singgah membeli oleh-oleh kacang tanah tumbuk yang ikonik di Paten Shop Siantar atau merasai kelazatan roti berinti kaya yang sangat viral di Bolu Ganda Siantar. Sepanjang jalan raya, anda akan dimanjakan dengan pemandangan ladang kelapa sawit & getah yang sangat luas dan hijau.
- 🏨 Check-In Hermes Palace Hotel 4* Medan: Setibanya di ibu kota Sumatera Utara, daftar masuk di Superior Room – Hermes Palace Hotel Medan. Sebuah hotel mewah bertaraf 4-bintang yang sangat selesa di tengah kota.
- 🍽️ Makan Malam (Dinner): Nikmati hidangan makan malam yang istimewa di salah satu Lokal Resto rekomendasi terbaik di Kota Medan.
- 🌙 Pesta Kuliner Malam Medan (Optional): Selesai makan malam, malam anda dimeriahkan lagi dengan pilihan aktiviti yang sangat santai:Memburu durian premium di Ucok Durian atau Sibolang Durian (Perbelanjaan peribadi / Biaya Pribadi).Menerokai lubuk kuliner malam Medan yang viral.Sekadar jalan-jalan pusing keliling bandar Medan melihat bangunan kolonial malam hari sebelum dihantar pulang ke hotel untuk berehat.
Hari 4 : Tour Medan – Kualanamu
- 🍽️ Sarapan Pagi & Check Out: Mulakan pagi anda dengan hidangan sarapan yang menyelerakan di hotel. Selesai makan, anda boleh bersiap-siap untuk urusan daftar keluar (check out).
- 🕌 Medan City Tour (Jelajah Ikon Seni Bina & Budaya): Kita akan memulakan ekspedisi pusing kota dengan melawat barisan seni bina yang unik dan kaya dengan sejarah:
- 👑 Istana Maimun: Istana diraja Kesultanan Deli yang sangat megah dengan gabungan seni bina Melayu, Islam, dan Eropah. Anda juga boleh menyewa pakaian adat diraja di sini!
- 🕌 Mesjid Raya Al-Mashun: Masjid bersejarah yang menjadi kebanggaan kota Medan dengan kubah hitamnya yang ikonik.
- ⛪ Graha Maria Annai Velangkanni: Gereja Katolik dengan reka bentuk unik menyerupai kuil India yang sangat menakjubkan.
- 🪕 Vihara Cemara Asri (Maitreya): Salah satu vihara terbesar di Indonesia yang tenang, lengkap dengan kolam burung bangau di perkarangannya.
- 🛍️ Hunting Souvenir & Oleh-Oleh Khas Medan: Kami bawa anda terus ke kedai dan pusat industri rumahan yang paling terkenal di Medan untuk memborong buah tangan viral:
- 🍰 Bolu Meranti & Bika Ambon yang lembut dan beraroma.
- 🍹 Industri Rumahan Markisa Noerlen untuk melihat proses tradisional pemprosesan jus buah markisa asli yang sangat segar.
- 🎁 Cenderamata kain Ulos, kraftangan, dan snek tempatan yang lain.
- 🍽️ Makan Siang (Lunch): Nikmati hidangan makan tengah hari terakhir yang enak di Lokal Resto Medan (100% Halal untuk Muslim / Chinese Food Mix untuk Non-Muslim) sebelum menuju ke destinasi akhir.
- ✈️ Pemindahan Pulang (Transfer Out): Kumpulan anda akan diantar dengan selamat mengikut lokasi keselesaan anda:
- 🛫 Bandara Internasional Kualanamu (KNO)
- 🏢 Hotel Penginapan Seterusnya
- 🚊 Stesen Kereta Api (Stasiun Kereta) Kota
- 👋 Tour Berakhir: Perkhidmatan pelancongan tamat dengan jayanya. Horas! Sampai ketemu kembali di program tour bersama Enjoy Holiday Medan! Terima kasih kerana memilih kami sebagai peneman percutian impian anda.
Harga Pakej Percutian ke Medan Danau Toba 4 Hari 3 Malam
- 👨👩👧👦 10 Orang: Rp 3.000.000 / Per Orang
- 👨👩👧👦 09 Orang: Rp 3.100.000 / Per Orang
- 👨👩👧👦 08 Orang: Rp 3.200.000 / Per Orang
- 👨👩👧👦 07 Orang: Rp 3.300.000 / Per Orang
- 👨👩👧👦 06 Orang: Rp 3.500.000 / Per Orang
Pakej Percutian ke Medan Danau Toba 4 Hari 3 Malam Included
- 🏨 Akomodasi Hotel Selama 3 Malam:1 Malam di Tongging Point Hotel 4* Taman Simalem Resort (Superior Room)1 Malam di Samosir Villa Resort 3* (Deluxe Room)1 Malam di Hotel Pilihan Kota Medan (Selesa & Strategik)
- 🚐 Toyota Hiace Full AC: Dijamin aman, nyaman, dan bersih sebagai pengangkutan utama sepanjang program tour.
- 🍽️ Makan Sesuai Program Tour (3B + 4L + 3D): Hidangan makanan halal 100% untuk Muslim / Chinese Food (Mix) untuk Non-Muslim di restoran tempatan pilihan.
- 🚢 Ferry Ihan Batak Toba: Tiket penyeberangan rasmi dari Samosir ke Danau Toba.
- 🎟️ Tiket Masuk Objek Wisata, Parkir & Tol: Semua kos logistik, laluan lebuh raya (termasuk Tol Sinaksak), dan tiket masuk tempat lawatan sudah ditanggung sepenuhnya.
- 👨💼 Guide Tour Profesional: Pemandu pelancong yang berlesen, berpengalaman, ramah, dan sedia membantu anda.
- 🧣 Souvenir Ulos Batak Toba Saat Penjemputan: Sambutan hangat dengan kalungan kain tradisional Ulos khas Batak Toba sebaik sahaja ketibaan di lapangan terbang atau lobi.
- 💧 Air Mineral: Disediakan 2 Dus Aqua 600ML sepanjang perjalanan untuk kesegaran para peserta.
View Comments